Wednesday, March 18, 2015

Airplane Joke

Ketika Pesawat Alor Setar —►Kuala Lumpur bersiap untuk berlepas dari lapangan terbang tapi tergendala gara-gara seorang mamat kampung (yang baru pertama kali naik pesawat) dengan tiket ekonomi tapi berkeras mahu duduk di kelas perniagaan.
 

Penumpang Kelas Perniagaan : Maaf Encik.. Ini tempat saya.
Mamat Kampung  : Awak siapa...? 
Penumpang Kelas Perniagaan : Saya penumpang yang sepatutnya duduk disini. 
Mamat Kampung  : Penumpang..? Sama la kita, sama2 bayar.. sama2 penumpang, Encik pilih la kerusi lain. Ni Kerusi saya pilih dah.  (Dengan rasa kerek dan tak nak mengalah) 

Penumpang Business Class tak mahu bertengkar terus dia memanggil pramugari.

Pramugari : Maaf Encik.. melihat dari tiket encik, kerusi encik kat belakang
Mamat Kampung : Awak siapa...?  

Pramugari : Saya pramugari untuk kelas Perniagaan ini.

Mamat Kampung : Pramugari itu apa ?
Pramugari : Pramugari itu adalah orang yang akan melayan penumpang pesawat.
Mamat Kampung : Cheh... pelayan rupanya kau !!! saya ingat siapa tadi, Dah dah, awak jangan sibuk dengan urusan saya skarang. 


Pramugari terus berang dengan sikap penumpang ini terus menjawab.

Pramugari : Maaf Encik, Berapa ringgit Encik bayar harga tiket ini? 

Mamat Kampung : Mahal....... RM 150 sehala. (jawab dia bangga) 
Peramugari : Maaf Encik, Harga kerusi yang encik duduk ini harganya RM 280. Harga tiket encik adelah untuk kerusi yang kat bahagian belakang. 
Mamat Kampung : Owh ye ke ........Harga dia lagi mahal erk (sambil bangun dan berlalu malu)

#snap #dontmesswithflightcrew

No comments: