Teater Muzikal Patung Kertas yang memakan kos RM100 ribu ini akan dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang Kuala Lumpur . Teater muzikal ini mengisahkan tentang dunia pahit, manis, pahit dan kelat sekumpulan manusia yang digelar sebagai patung kertas atau lebih dikenali sebagai “Paper Doll”. Ia bermula dengan perhubungan akrab antara Abang Long (Lakonan Dato’ Jalaludin Hassan) dengan Adik Chu, Kerry, Syam dan ramai lagi. Mereka melakukan kebajikan dalam kumpulan ‘Patung Kertas’ yang mempromosikan primadona hitam putih dalam setiap persembahan mereka.
Pergolakan dunia patung kertas yang penuh dengan suka duka ini bagaimana pun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang penari baru dari dalam kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang. Bukan setakat itu sahaja, perebutan kawasan ‘berniaga’ juga menjadikan suasana tegang dan ada antara golongan patung kertas ini tidak ’sebulu’ malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.
Di sebalik kekalutan itu, Ebby Yus, seorang pemuda yang berniaga secara kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘perniagaan’ patung kertas ini turut dibabitkan oleh kumpulan terbabit. Kenapa Ebby pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya yang akan dirungkaikan.
Teater muzikal ini juga menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long yang ingin berkahwin dengan kekasih lamanya. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh patung kertas kepada seorang kanak-kanak yang mengidap kanser?
Teater yang membariskan pelakon terhebat tanahair seperti Dato Jalaluddin Hassan sebagai Abang Long, Adik Chu dilakonkan oleh Along Fariz, sementara pelakon kacak Ashraff Muslim membawakan watak Kerry sementara dibantu oleh Zuhairi Ibrahim, Aishah Atan, Ebby Yus, Syed Wafa, Shajiry dan ramai lagi serta penampilan khas oleh Ika Fancy Group, pasti meruntun perasaan dan jiwa anda bila menontonnya.
Teater muzikal Patung Kertas pasti akan membawa satu kelainan dan memberikan satu perspektif baru kepada peminat-peminat teater.
* a short story from budiey.com......
No comments:
Post a Comment