Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Dapat berita pemergian beliau melalui facebook messages dan nicq merasa kehilangan yang sangat besar dalam usaha memperkembangkan minda serta membuka minda rakyat Malaysia akan realiti yang kita semua hadapi.

Karya Beliau sangat bermutu dan berkualiti menceritakan tentang kehidupan yang dilalui oleh masyarakat malaysia. Pada nicq, semua karya Yasmin Ahmad betul-betul memberi kesan yang mendalam serta is juga memberikan impak yang perlu diteladani oleh semua pihak.
Tak semestinya menggunakan props yang mahal untuk menhasilkan yang yang sangat bermutu, tetapi message yang ingin disampaikan adalah keutamaan dalam sesuatu perkara. Dia adalah contoh yang paling tepat untuk mewakili apa yang nas maksudkan diatas. Malahan, beliau juga adalah Idola pada saya, seluruh masyarakat Malaysia dan masyarakat dunia yang mengenali beliau.
Ironiknya, karya beliau selalu mendapat halangan dari golongan yang berfikiran cetek dan lebih sadis adalah dari bangsa kita sendiri berserta dengan sindiran lebih tepat adalah dari mereka yang kononnya mengatakan "Pakar" dalam industri.
Tidak perlu untuk nicq mengusulkan pendapat serta kritikan kerana saya hanyalah insan biasa yang kagum dengan karya beliau. Nicq sentiasa berharap ia dapat di sambung oleh generasi baru dan diharap ia dihasilkan dengan keikhlasan dan bukan kerana Gelaran.
Al Fatihah.