Monday, October 13, 2008

Goda......

Really dont know but sure what i could do is give this series a credit. Not top up credit but a better and nice review.

Similar like Sepet, Bernard Chauly also one of the creative director. He manage to share the story in a simple way and of course using normal life as a platform. Again, enough say i love the series same as i like watch the Private Practice and House. You can see the synonsis below ....

GODA kisah mengenai “sifu cinta” yang lebih dikenali sebagai ‘M’ di mana di dalam blognya, dan dia juga yang memiliki rancangan talk show nya sendiri di radio, ‘M’ memberikan nasihat-nasihat untuk yang memiliki masalah cinta dan juga kepada para jejaka yang cuba untuk mendapatkan gadis yang diidam-idamkan.


Burhan, seorang eksekutif pemasaran yang sangat kekok dalam menggoda wanita kerana mempunyai perasaan rendah diri telah meminta pertolongan ‘M’. Burhan menaruh perasaan terhadap pengurus yang baru ditukarkan ke tempat kerjanya, Adela dan ‘M’ sendiri tahu yang dia mempunyai tugas besar dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Adela yang merupakan anak tunggal kepada Datuk Razak, pengarah tempat Burhan bekerja. Adela seorang wanita jelita lagi kaya-raya dan hanya tahu menggunakan lelaki sebagai tempatnya bersenang-lenang kerana dia juga tahu yang lelaki-lelaki ini hanyalah untuk mengambil kesempatan untuk mendapat tempat di empayar ayahnya. Adela juga seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi yang Burhan tahu dia tidak mampu untuk menggapainya.

Sementara itu, Sanya yang merupakan seorang wartawan yang bekerja untuk sebuah akhbar tabloid yang mahukan dirinya diambil serius didalam kerjayanya telah berhenti menulis mengenai kisah gossip panas para selebriti. Dia yang terjumpa dengan blog ‘M’ telah mengambil salah satu artikelnya lalu menunjukkan kepada editor untuk membongkar identiti sebenar ‘M’ – adakah dia benar seorang pakar dalam percintaan atau hanyalah seorang penipu? Editor Sanya memberikan persetujuan namun ianya menimbulkan huru-hara apabila dianggap hanya memberikan gimik kepada akhbar tabloid tempatnya bekerja. Sanya juga berasakan tidak selesa kerana dia mula bercerita mengenai masalah kisah cintanya terhadap M.

“Setiap episod siri mini ini juga memaparkan mengenai masalah-masalah yang berlainan di mana lelaki-lelaki normal meminta nasihat dan pertolongan M untuk menyelesaikan masalah dan dilema mereka,” kata Penerbit Ekskutif, Lina Tan. “Walaupun mempunyai tajuk cerita yang sangat menggoda, namun kisah mini GODA siri ini adalah pemahaman mengenai jantina yang berlainan.”


GODA dibintangi oleh Sazzy Falak sebagai Sanya dan menampilkan Lash Mokhtar sebagai Burhan serta Dilla Syahirah sebagai Adela dan serta banyak pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Radhi Khalid, Dato Rahim Razali, Nas-T, Razif, Nabila Huda, Fahrin Ahmad serta ramai lagi. Diarahkan oleh Bernard Chauly dan skrip dihasilkan oleh pelbagai penulis seperti Rafidah Ahmad, Nizam Zakaria serta ramai lagi.
Siapa si misteri “M”? Adakah Burhan berjaya mengeksperesikan perasaannya terhadap Adela? Adakah Adela juga akan menyintai Burhan? Adakah Sanya berjaya membongkar identiti sebenar “M”?
I only manage to watched last episode of GODA. Yet i still feels like i watched the movie from the beginning.
Till then, Cheers

No comments: